aku yang semakin gemuk dan tembam dan chubby dan montel dan segalanye yang berkaitan lemak.. aku lah tu.. lalalalala

#tolonglah senyum kat aku balik weyh.. seikhlas yg aku senyum. okay cun thanx syg :')
Selamat datang ke blog aku dan selamat membaca. semoga awak dan awak terhibur. jadi la follower saye *tibe2 jadi baik. hee peace.

Wednesday, 12 July 2017

Day one

Tarikh 12/07/2017

Sehari sudah aku tak wassap die tak cari die. Sama seperti die . Bukan aku tak cuba selamatkan hubungan. Tapi hmm. Aku video call die smlm tp tibe die on hold video call. Aku cuba video call semula tp die on another call. Sedihnye aku. Die angkat video call org lain die buat aku tertunggu tunggu. Lama aku termenung. Nape die sanggup buat aku mcm ni. Padahal dlm video call tu die menangis kot . Rasanye sbb dah insaf kejap haha. Dah dua kali. Hritu prgi beraya dgn die. Tibe2 ade perempuan call dlm kereta. Terang tang tang tapi die tak angkat. Kali ni mcm tu jgk. Allah ape yg cuba kau tunjuk kat aku,

6 tahun weh mcm tu je kau lepaskan dan sampai sekarang kau tak cari aku. Ingat lg haritu kte  on call. Aku tanya nape kau jd mcmni and jawapan kau sungguh buat aku sakit. Kau ckp kau hanya sayang sahaja tapi cinta kau masih untuk aina. Tapi kau tinggalkan aina sbb nak dekat org yg lebih sayang dan cintakan kau lebih dari diri kau sendiri. Kejam nye kau. Habis selama ni 6 tahun kau hanya cinta untuk aina. Semua yg aku buat untuk kau sia sia. Hahahaha sia sia rupanya. Tapi... masalahnye kau dah dapat org yg cintai kau lebih, nape kau sakitkan die, nape kau buat die mcm ni, nape kau pergi dekat perempuan lain. 

Kau pernah bg tahu aku . Sbb tu laa kau nak kawin cepat. Sebab ni la. Sbb kau takut hati kau berubah. Hahahaha lawak kartun ape ni. Tu bukan alasan laa weh. Kalau dah kawin, kau nak buat hal. Kau buat jgk. Mata kau hati kau. Sia sia je . Kau dah pon merisik aku dgn family kau tp kau langsung tak beringat. Aku bg kau kawan dgn perempuan lain bukan tak bg. Look. What happened now? And lg menyedih kan bukan bini org tu je kau bg harapan tp ramai lagi "clients" dan "dealers" yg kau try. Boleh tahan player. Dlm hal ni aku jgk bersalah. Aku abaikan kau dgn study asgment aku. Maybe tu silap aku tp takpe . Aku busy ni pon untuk masa depan aku. InshaAllah. 

Sebelum ni aku beraya busy sgt tp malam je mula laa meleleh dan aku block kau masa tu. Tp aku tak kuat aku unblock kau. Aku call kau menangis2 mintak kau balik ke aku. Masa aku block kau sepatah haram pon kau tak cari aku. And bile aku dah unblock n call kau. Kau boleh ckp jgn cari aku. Masa tu aku mmg meroyan sape tak syg hubungan 6 tahun dan family masing2 dah kenal. 

Smlm masa aku buka puasa. Laila adik angkat aku block wassap kau, ig kau, fb kau, twitter dan we chat kau, and die warning aku , jgn unblock, so sekarang dah satu hari aku bertahan aku cuba dan aku  akan bahagia. Kalau kau cari aku dan masa tu aku blom berpunya. Akan ku pertimbangkan. Kalau tak selamat jalan romeo,. 

Kalini aku tekad 
7.30 mlm waktu berbuka puasa. Block kau dari hidup aku

 

telur di hujung tanduk

Tarikh 26/06/2017

Akhirnya tamat lah sudah hubungan aku dan si dia. Alasan yg sgt munasabah bila terpisah iaitu oramg ketiga dan itu di pihak lelaki . Aku suruh die pilih sama ada aku atau dia tp die taknak pilih antara dua. 

Lantas aku mengundur diri memberi laluan kepada kedua pasangan untuk lalui hari bahagia. Aku tahu bila aku dgn dia takkan ade sinar bahagia lagi sbb kami dah terlalu lama . Mungkin dia bosan dgn aku. Dia juga bgtahu sbb aku taknak kawin awal sbb tu die jd mcm tu. 

Aku ke yg harus disalahkan? Aku rasa itu bukan alasan untuk kau cari perempuan lain. Aku bukan tak bg kau kawan dgn perempuan lain. Tp kau buat aku mcm ni. Kau bg harapan dkt perempuan lain. Kau biar kan hati kau dekat dia sementara aku belajar kat ipoh. Aku akan ingat sampai bila2. 

Aku tak sangka malam2 terakhir ramadhan kita adalah malam2 terakhir kita bersama. Aku balik dari jamuan berbuka puasa di markas, nak video call dgn kau tapi.... kau tgh on call dgn org lain. Lama jugak. Bila tanya kau mengaku. Aku tak sangka selama ni instinct aku betul bila kau ckp kau on call dgn customer. Hmm entah laa. Aku dah byk bg peluang dkt kau. Peluang demi peluang. Aku ke yg bodoh? 

Coretan terakhir aku untuk kau. Jaga dia bahagiakan dia. Jgn buat dia mcm kau buat aku